KEPIMPINAN DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR (JPP) IPG
Berasaskan Modul Kewarganegaraan Digital
Mariam binti Kamarudin
Prof. Madya Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar
Dr. Safiah binti Abd Razak
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Abstrak Kajian
- Tujuan: Meneroka kepimpinan dakwah dalam kalangan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru (IPGM).
- Konteks: Penggunaan media sosial meluas, namun wujud jurang kefahaman adab, etika, dan tanggungjawab di ruang siber.
- Metodologi: Kajian kualitatif (analisis dokumen & temu bual separa berstruktur) melibatkan ahli JPP dan pensyarah pakar.
- Dapatan (5 Tema):
- Kefahaman konsep kewarganegaraan Digital
- Pengaplikasian nilai Islam dalam ruang digital
- Kepimpinan dakwah dalam kalangan pelajar
- Cabaran kepimpinan dakwah digital
- Strategi pengukuhan kepimpinan dakwah digital
- Cadangan: Pembangunan Modul Latihan Dakwah Generasi Madani untuk melahirkan pemimpin pelajar celik teknologi dan berintegriti digital.
Pengenalan & Latar Belakang
- Kepimpinan dan dakwah adalah dua entiti yang perlu seiring untuk kesejahteraan manusia.
- Generasi pelajar IPGM adalah pengguna aktif platform media sosial dan teknologi digital.
- Isu Utama: Peningkatan penggunaan media digital membawa cabaran terhadap kelestarian nilai, adab, dan akhlak Islam.
- Jurang Masalah:
- Dakwah pelajar (JPP) masih dilihat terbatas kepada aktiviti konvensional (ceramah, tazkirah fizikal).
- Kekurangan kefahaman & latihan formal integrasi dakwah dan media digital secara beretika Islam.
- Kajian lepas menunjukkan jurang antara aspirasi dakwah dengan amalan sebenar di persekitaran digital.
Sorotan Literatur & Isu Kajian
- Pendekatan dakwah digital (TikTok, IG, YouTube) semakin kritikal (Ahmad et al., 2023).
- Terdapat kes pelajar/JPP menyalahguna media sosial (hiburan berlebihan, bahasa kesat, sebar maklumat tidak sahih).
- Pelajar IPT kurang faham adab & etika digital berteraskan Islam (Mohd Farid, 2020).
- JPP IPGM hadapi cabaran integrasi nilai kepimpinan Islam dalam komunikasi dalam talian (Noor Azuin et al., 2021).
- Tiada modul atau panduan formal kepimpinan dakwah digital untuk JPP di kebanyakan IPGM.
- Data Kritikal (MCMC, 2023): 98% pelajar (18-24 tahun) guna media sosial harian, tetapi hanya 34% faham etika digital berkaitan agama/moral.
Objektif & Persoalan Kajian
Objektif Kajian
- Mengenal pasti kefahaman pelajar IPG terhadap konsep kepimpinan dakwah berasaskan Modul Kewarganegaraan Digital.
- Meneroka bentuk amalan kepimpinan dakwah dalam kalangan ahli JPP melalui media digital.
Persoalan Kajian
- Bagaimanakah pelajar IPG memahami konsep kepimpinan dakwah berasaskan Modul Kewarganegaraan Digital?
- Apakah bentuk amalan kepimpinan dakwah yang dilaksanakan oleh ahli JPP melalui platform digital?
Kerangka Kajian
Kajian ini dibina berasaskan Teori Kewarganegaraan Digital oleh Ribble (2015) yang mempunyai 9 elemen utama.
PEMBOLEH UBAH BEBAS
Elemen Modul Kewarganegaraan Digital (9 Elemen Ribble)
PEMBOLEH UBAH BERSANDAR
Pengukuhan Kepimpinan Dakwah Digital (JPP)
9 Elemen Kewarganegaraan Digital
- 1. Akses Digital: Peluang adil guna teknologi.
- 2. Perdagangan Digital: Etika pembelian & hak cipta.
- 3. Komunikasi Digital: Komunikasi profesional (e-mel, dll).
- 4. Literasi Digital: Penggunaan teknologi produktif.
- 5. Etika Digital: Adab, tatatertib & tanggungjawab sosial.
- 6. Undang-undang Digital: Hak cipta, privasi & undang-undang data.
- 7. Hak & Tanggungjawab: Imbangi hak & tanggungjawab.
- 8. Kesihatan Digital: Isu ketagihan skrin, emosi.
- 9. Keselamatan Digital: Melindungi data & kata laluan.
Metodologi Kajian
- Reka Bentuk: Kualitatif, menggambarkan realiti di lapangan kajian.
-
Kaedah Pengutipan Data:
- Analisis Dokumen & Sorotan Literatur: Untuk mengenal pasti konsep kepimpinan dakwah & kewarganegaraan digital.
- Temu Bual Semi-Struktur: Dilaksana secara bersemuka atau dalam talian (email, dll) untuk meneroka amalan JPP.
-
Sampel / Informan Kajian:
- Ahli JPP (keutamaan: terlibat bahagian dakwah/kerohanian/komunikasi).
- Pakar Kandungan (Pensyarah JAPIM).
- Lokasi: IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA).
Dapatan Kajian: 5 Tema Utama
1. Kefahaman Konsep
Kesedaran t/jawab Muslim di ruang digital.
2. Pengaplikasian Nilai Islam
Guna media sosial sebar tazkirah, tolak fitnah.
3. Kepimpinan Dakwah Pelajar
Guna alat digital (Google Meet) & tunjuk teladan.
4. Cabaran Dakwah Digital
Hedonisme, literasi digital Islam rendah, berita palsu.
5. Strategi Pengukuhan
Perlu modul latihan khas & kolaborasi.
Dapatan: Kefahaman & Amalan
1. Kefahaman Konsep Kewarganegaraan Digital
Kesedaran t/jawab sebagai Muslim (etika komunikasi, adab).
"sebagai seorang muslim, saya rasa perlu berhati-hati bila komen di media sosial supaya tidak menyakiti orang lain" (Responden 3)
2. Pengaplikasian Nilai Islam
Guna FB, IG, TikTok sebar tazkirah, hadis, motivasi. Tolak fitnah & berita palsu.
"Kami selalau kongsi tazkirah ringkas di IG Story, supaya rakan-rakan dapat manfaat setiap hari" (Responden 4 & 2)
3. Kepimpinan Dakwah Pelajar
Guna Google Meet, Telegram, Google Form untuk urus program. Kepimpinan melalui teladan (Qudwah Hasanah).
"Dalam JPP kami menggunakan google meet untuk mesyuarat, sambil selitkan nasihat agama" (Respon 1 & 2)
Dapatan: Cabaran & Strategi
4. Cabaran Kepimpinan Dakwah Digital
- Pengaruh budaya hedonisme di media sosial.
- Kekangan literasi digital Islam.
- Kesukaran menapis maklumat sahih daripada yang palsu (infodemic).
"Kadang susah nak tapis berita sebab terlalu banyak mesej yang bercampur aduk" (Responden 2)
5. Strategi Pengukuhan
- Penerapan elemen kewarganegaraan digital dalam modul latihan kepimpinan JPP.
- Kolaborasi bersama pensyarah dan pihak pengurusan institusi.
- Pembinaan komuniti dakwah digital yang tersusun dan konsisten.
"Kalau ada latihan khas tentang dakwah digital, kami lebih yakin untuk kendalikan media sosial rasmi JPP" (Responden 4)
Perbincangan Dapatan
- Kefahaman Asas: Pelajar faham t/jawab moral & spiritual di ruang siber. (Selari dengan Abu Hassan, 2021)
- Amalan Aktif: Pelajar guna media sosial (IG, TikTok) untuk sebar tazkirah & nilai kebaikan. (Selari dengan Ahmad & Zulkifli, 2020)
- Cabaran (Hedonisme & Infodemic): Walaupun aktif, pelajar berdepan cabaran budaya hiburan & berita palsu. (Selari dengan Kamarudin, 2021 & MCMC, 2023)
- Strategi (Modul): Keperluan modul latihan yang sistematik (berasas teori Ribble, 2015) untuk tingkatkan kompetensi & integriti. (Disokong oleh Ashaari et al., 2022)
Implikasi Kajian
1. Teoretikal
Memperkukuh Teori Ribble (2015) dengan dimensi Islamik -> Model "Kewarganegaraan Digital Islam Madani".
2. Dasar & Institusi (IPGM)
Rombak modul latihan JPP -> wujudkan "Modul Latihan Kepimpinan Dakwah Digital (KDDI)" & "Digital Da'wah Leadership Lab".
3. Amalan Pelajar (JPP)
Ahli JPP dilatih menjadi "e-da'i" (pendakwah-elektronik). Wujudkan "Kod Etika Dakwah Digital Pelajar IPGM".
4. Kurikulum
Masukkan elemen kewarganegaraan digital dalam subjek Pendidikan Islam & Moral di IPGM.
Rumusan & Kesimpulan
- Kepimpinan dakwah digital bukan sekadar kemahiran teknikal, tetapi proses membentuk "insan rabbani" dalam ekosistem digital.
- Interaksi digital (klik, komen, kongsi) adalah cerminan iman dan akhlak (habluminallah wa habluminannas).
- Pemimpin dakwah pelajar perlu berperanan sebagai "Murabbi Digital" — pendidik komuniti maya dengan akhlak, ilmu, dan hikmah.
- Kajian ini adalah jambatan antara:
- Agama, Akal & Algoritma
- Iman & Inovasi
- Taqwa & Teknologi
- Pembangunan Modul Kewarganegaraan Digital adalah keperluan strategik untuk melahirkan pemimpin pelajar madani yang berintegriti digital.
Terima Kasih
Sesi Soal Jawab